Kejutan di peringkat kelayakan & kejohanan Piala_Dunia_FIFA_2010

Korea Utara melakar sejarah baru apabila layak ke piala dunia 2010 buat kali kedua dalam sejarah. Mereka kali terakhir layak ialah pada edisi 1966 di England. Mereka tewas tipis 1-2 kepada Brazil, tetapi layu ditangan Portugis 0-7 dan Ivory Coast 0-3.

New Zealand pula layak setelah memenangi pusingan play off bertemu wakil AFC, Bahrain. Nz menang aggregat 1-0, kali terakhir mereka layak edisi 1982 di Sepanyol. NZ kemudian mengejutkan ramai pihak apabila seri 1-1 dengan juara bertahan Itali, seri 1-1 Slovakia, 0-0 Paraguay. Biarpun tersingkir setelah menamatkan kedudukan di no.3 kumpulan F, mereka satu-satunya pasukan tidak kalah dalam pertandingan ini kerana juara, Sepanyol tumpas kepada Switzerland 1-0 pada perlawanan pertama.

Begitu juga dengan Honduras, satu lagi wakil Concacaf yang kali terakhir mereka layak ialah edisi 1982. Mereka juga mencipta rekod tersendiri di edisi 2010 apabila membawa 3 orang adik beradik Palacios, Jerry,Wilson,Johnny. Dimana tiada pasukan lain pernah membawa sebegitu ramai adik beradik dalam 1 pasukan ke kejohanan utama.

Uruguay yang tidak diberikan harapan tinggi memberikan prestasi terbaik dengan layak ke separuh akhir bertemu Belanda sebelum tumpas kepada Jerman di penentuan tempat ke-3 & 4. Mereka mempamerkan aksi baik meskipun terpalit insiden bola tangan Luis Suarez yang disengajakan semasa bertemu Ghana. Mereka pulang awal di edisi 2002 dan tidak layak ke edisi 2006 tetapi kali ini mereka menjadi pasukan Amerika Selatan terbaik sebagai wakil tunggal Conmebol ke separuh akhir, bilamana Argentina dibelasah 4-0 Jerman dan Brazil 1-2 Belanda.

Kemunculan Kuasa Besar Sepanyol

Sepanyol sering dilabel pasukan "underachiever" kerana mereka kerap dibarisi pemain ternama dan berkualiti tetapi keputusan yang diharapkan tidak sebegitu. Mereka tumpas tumpas kepada Nigeria pada edisi 98, tersungkur di kaki Korea Selatan pada 2002 dan tewas kepada Perancis pada 2006. Tetapi mereka membuktikan mereka bukan lagi pasukan yang sama sejak euro 2008 bilamana mereka berjaya memenangi kejohanan ulung Eropah itu. Selaku pasukan yang tidak pernah beraksi di pentas akhir dan tidak pernah memenangi piala dunia pastinya satu bebanan besar buat juara baru ini.

Perlawanan pembukaan mereka kecundang kepada Switzerland 1-0 tetapi bangkit di 2 perlawanan berikutnya 2-0 Honduras, 2-1 Chile untuk layak ke pusingan kalah mati. Bertemu seteru semenanjung Iberia mereka, Portugis bukan satu cabaran yang mudah kerana ada Cristiano Ronaldo yang merajai la liga, tapi mereka berjaya menang tipis 1-0 sebelum bertemu Paraguay di suku akhir, keputusan tipis 1-0 tercatat. Sepanyol mara ke separuh akhir bertemu Jerman, pasukan yang dibarisi bintang muda yang berpotensi. Jerman menunjukkan mereka pasukan yang bakal menyinar selepas menang mudah 4-0 keatas Australia, tewas mengejut kepada pendatang baru Serbia 0-1 sebelum menang 1-0 keatas Ghana. Mereka juga dengan tenang membelasah pasukan England yang dibarisi pemain jauh lebih senior dan berpengalaman 4-1 !! mereka semakin berbisa apabila di suku akhir mereka menang mudah keatas Argentina yang memiliki Messi,Aguero,Higuain dan Tevez 4 penyerang berbisa era itu. Tak dilupakan Diego Milito yang menyerlah semusim bersama Inter Milan 09/10. Tetapi semua itu tidak berjaya diterjemahkan ke atas padang apabila dengan mudah barisan muda Jerman menyumbat 4 gol tanpa balas keatas pasukan bimbingan Diego Maradona itu.

Sepanyol menang tipis dengan tandukan Carles Puyol menjadi faktor kemenangan mereka. Kini cuma tinggal Belanda saja yang mampu menghentikan kemaraan kuasa baru bolasepak dunia itu. Rata-rata pemain Sepanyol kali ini terdiri daripada 2 pasukan dominan dalam la liga, Barcelona (7) dan Real Madrid (5). Dibantu pemain-pemain dari kelab lain seperti Valencia (4), Sevilla (1), Athletic Bilbao (2) ,Villareal (1) dan 2 kelab Inggeris, Liverpool ( Torres & Pepe Reina )dan Arsenal ( Cesc Fabregas ).

Di final, perlawanan diheret ke masa tambahan kerana tiada gol berjaya dijaringkan. Belanda sepatutnya menyalahkan diri mereka kerana gagal memanfaatkan peluang yang ada dikala Arjen Robben mempunyai peluang 1 lawan 1 dengan Iker Casillas dia gagal menyudahkan peluang itu dengan sempurna. Mereka juga cukup bertuah kerana Nigel De Jong tidak dilayangkan kad merah kerana menerjah dada Xabi Alonso. 4 pemain Sepanyol dikepung 7 orang unit bertahan Belanda, Torres disebelah flanker kiri cuba memberi bola kepada Iniesta di flanker kanan tetapi ditolak keluar oleh ketua pasukan Rafael Van Der Vaart, bola muntah dikutip oleh Fabregas yang terkepung di tengah sebelum melorongkan ke sebelah kanan kembali kepada Iniesta yang sudah berjaya memecah perangkap Offsaid dan merembat ke penjuru gol menewaskan Marten Stekelenburg.

Ledakan gol Iniesta memecah kebuntuan dan kini Sepanyol cuma mengira detik sebelum wisel ditiup menabalkan mereka juara bolasepak dunia. Final ini pastinya menarik untuk dikenang kerana 2 pasukan ini dianggap underachiever kerana mempunyai barisan pemain mantap generasi demi generasi tetapi masih gagal mendakap piala dunia.

Senarai pasukan yang layak

32 pasukan berikut telah layak untuk kejohanan akhir.

AFC (4)CAF (5+1) CONCACAF (3)CONMEBOL (5)OFC (1) UEFA (13)
  •      Negara yang layak untuk final Piala Dunia
  •      Negara yang gagal ke final Piala Dunia
  •      Negara yang tidak menyertai Piala Dunia
  •      Negara yang tidak mempunyai persatuan ahli FIFA
  • Biru tua: Juara  Biru muda: Naib juara  Hijau tua: Tempat ke-3  Hijau muda: Tempat ke-4  Kuning: Suku Akhir   Pic: Pusingan 16   Merah: Peringkat Kumpulan

    Rujukan

    WikiPedia: Piala_Dunia_FIFA_2010 http://maps.bing.com/?mapurl=http://toolserver.org... http://maps.bing.com/GeoCommunity.asjx?action=retr... http://www.chelseafc.com/page/SponsorsAndPartners/... http://www.dishtracking.com/newsdetails.php?news_i... http://soccer.fanhouse.com/2010/05/31/players-disl... http://www.fifa.com/en/media/index/0,1369,101476,0... http://www.fifa.com/live/competitions/worldcup/pre... http://www.fifa.com/worldcup/awards/goldenboot/ind... http://www.fifa.com/worldcup/destination/stadiums/... http://www.fifa.com/worldcup/index.html